Tajau dan Peranannya dalam Budaya Masyarakat Murut di Tenom, Sabah

Tajau dan Peranannya dalam Budaya Masyarakat Murut di Tenom, Sabah. Jurnal Peradaban Melayu, 3. pp. 61-69. ISSN 1675-4271 (2005)



Abstract

Perkataan 'Murut' di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau di tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Duşun. Sebagaimana masyarakat atau etnik Duşun di Sabah, suku kaum ini juga mendapat gelaran atau nama daripada pendatang luar. Mengikut Pollardl , istilah Murut berasal daripada akar kata 'purut' iaitu 'berian '2. Namun ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa perkataan 'purut' itü diperolehi daripada perkataan 'burut' iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan berubi yang menjadi kegemaran masyarakat ini. Sebelum wujudnya nama 'Murut' ini, suku etnik ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut alam sekeliling tempat mereka menghuni. Contohnya, Prentice (1965: 27) menggelarkan suku kaum ini sebagai 'hill people' atau orang bukit, justeru mereka mendiami kawasan-kawasan lereng dan perbukitan. Whelan (1970:44) pula menggelarkan mereka sebagai man ofwoodkerana lokasi petempatan mereka ialah kawasan hutan rimba. Walau apapun gelaran yang diberikan, kini masyarakat yang dimaksudkan ini memiliki satu nama yang dikenali sebagai suku kaum Murut. Golongan ini menghuni di tiga kawasan utama di Bahagian Pedalaman (Barat Daya Sabah) iaitu Tenom, Keningau dan Pensiangan.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Sub-ethnic, Murut, Tajau, Berian, Adat perkahwinan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 05 Dec 2024 09:25
Last Modified: 05 Dec 2024 09:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item