Mencanting batik jadi terapi minda hilangkan tekanan

Mencanting batik jadi terapi minda hilangkan tekanan. [Newspaper] (2024)



Abstract

KOTA BHARU: Aktiviti mencanting batik di Kampung Kraftangan, di sini bukan sahaja dapat melestarikan warisan seni budaya, malah kini ia menjadi cara 'healing' terbaharu bagi pengunjung.

Pelukis batik, Zakaria Jusoh, 69, dari Kampung Jambu, berkata menerusi aktiviti mencanting batik yang ditawarkan ia dapat merealisasikan idea kreatif seseorang menerusi lukisan dihasilkan, malah ia juga mampu menjadi terapi minda sekali gus dapat mengurangkan tekanan.

Beliau berkata, aktiviti mencanting batik yang diusahakannya sejak empat tahun lalu, kini menjadi pilihan rata-rata pengunjung bukan sahaja daripada penduduk tempatan bahkan juga pelancong dari luar negara termasuk Eropah, China, Australia dan sebagainya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Canting, Batik, Terapi
Taxonomy: By Niche > Batik > Marketing
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 07 Jan 2025 00:39
Last Modified: 07 Jan 2025 00:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item