Sawit : Air Bertukar Merah Kesan Tumpahan Minyak Dari Kilang Minyak Sawit

Sawit : Air Bertukar Merah Kesan Tumpahan Minyak Dari Kilang Minyak Sawit. [Website]



Abstract

KLANG - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan tumpahan minyak di pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang di sini yang datang dari sebuah kilang penyimpanan minyak sawit.

LUAS dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berpunca daripada kebocoran paip hos di premis berkenaan yang menyebabkan tumpahan minyak masuk ke dalam longkang seterusnya mengalir ke parit berhampiran.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.

"Premis terbabit telah menghentikan operasi dan melaksanakan pembaikan paip hos tersebut.

"LUAS telah mengarahkan pihak premis untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyedutan sisa tumpahan di kawasan terlibat," kata kenyataan itu di Facebook.

Tambah kenyataan itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga telah memasang oil boom di parit terlibat bagi mengawal tumpahan.

Item Type: Website
Keywords: Industrial disasters, KPK
Taxonomy: By Niche > Industrial Disaster > Industrial Management > Environmental Aspects
Local Content Hub: Niche > Industrial Disaster
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 20 Dec 2024 03:51
Last Modified: 20 Dec 2024 03:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item