Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneram : (Design and development of kuih peneram forming tool)

Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneram : (Design and development of kuih peneram forming tool). Technical Report. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Serdang. (2018)



Abstract

Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan untuk meminimumkan keperluan penggunaan tenaga manusia dan memendekkan jangka masa pemprosesan kuih. Alatan tangan telah direka bentuk menggunakan konsep tarik, tekap dan lepas. Kerangka alat ini terdiri daripada batang aci, spring, cincin rata keluli tahan karat dan struktur binaan yang diperbuat daripada bahan polyoxymethylene putih (POM White). Keupayaan alat telah diuji untuk mencetak atau membentuk pelbagai jenis doh kuih peneram yang telah siap diadun. Alat tersebut didapati mampu membentuk kuih peneram yang bersaiz 40 cm diameter luar dan 10 cm bagi diameter dalam serta berketebalan sehingga 1 cm. Kadar keupayaan alatan tangan untuk membentuk kuih peneram adalah antara 2,600 – 3,000 biji bagi setiap satu jam proses penekapan. Kadar keupayaan ini adalah enam kali lebih cepat berbanding dengan kaedah yang digunakan secara konvensional. Kos pembangunan untuk satu unit alat membentuk kuih peneram ini dianggarkan berharga RM800.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Keywords: Kuih peneram forming tool, Kuih Peneram
Taxonomy: By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Equipment and Supplies
Local Content Hub: Niche > Food Technology
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 24 Dec 2024 04:35
Last Modified: 24 Dec 2024 04:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item