Bay‘ Al-Tawarruq and Its Application In Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bay‘ Al-Tawarruq and Its Application In Bank Muamalat Malaysia Berhad. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 11 (1). ISSN 1823-075X (2014)



Abstract

Kajian terhadap produk-produk perbankan Islam khususnya yang melibatkan pelaksanaan transaksi bay‘ al-tawarruq menunjukkan bahawa tujuan transaksi ini adalah untuk menyediakan kecairan kewangan kepada pelanggan seperti pembiayaan peribadi, perbelanjaan modal kerja, aliran tunai dan kad kredit. Walaubagaimanapun, semakin industri ini berkembang dengan pesat, terdapat usaha-usaha berinovasi yang dilakukan oleh pemain-pemain industri untuk mempelbagaikan produk dalam bentuk pelaburan dan deposit yang memberikan pulangan tetap kepada pelanggan. Sebagai sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya yang kedua di Malaysia, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) juga turut menawarkan produk-produk yang berasaskan kontrak bay‘ al-tawarruq. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji prinsip asal pelaksanaan transaksi bay‘ al-tawarruq sertapelaksanaan semasa transaksi ini di BMMB. Data kajian diperolehi daripada dua sumber iaitu sumber sekunder dan sumber primer. Antara sumber sekunder yang dirujuk ialah data dari perpustakaan, merujuk bahan-bahan rujukan seperti buku-buku, kertas kerja, jurnal-jurnal dan petikan akhbar. Sumber primer pula diperolehi melalui temubual bersama pegawai-pegawai di BMMB. Hasil kajian mendapati bahawa kontrak bay‘ al-tawarruq telah digunapakai sebagai alternatif untuk menggantikan kontrak bay‘ al-‘īnah khusus bagi produk-produk pembiayaan di BMMB.

Item Type: Article
Keywords: Islamic banking, Produk-produk pembiayaan, Bay‘ al-tawarruq
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 27 Dec 2024 04:06
Last Modified: 27 Dec 2024 04:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item