Konstruktiviti Dasar dan Strategi Sekuriti Makanan: Kerentanan Isu Padi dan Beras di Kota Belud, Sabah Policy Constructivity and Food Security Strategies: Vulnerability Issues of Rice in Kota Belud, Sabah. International Journal of Advanced Research in Food Science and Agricultural Technology, 1 (1). pp. 14-30. ISSN 3030-556X (2024)
Abstract
Dewasa ini kenaikan harga beras import dan fenomena kekurangan bekalan beras tempatan telah memberikan impak negatif terhadap rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Hal ini telah menyebabkan kenaikan harga barangan komoditi sektor makanan terus meningkat. Walaupun yang demikian kekurangan beras putih tempatan dalam negara adalah disebabkan peningkatan permintaan berikutan kenaikan harga beras import. Namun begitu, negara mempunyai 130,282 hektar sawah yang menyumbang kepada 40 %pengeluaran padi. Kota Belud sahaja seluas 7,092 hektar dan merupakan antara pengeluar utama beras. Jika dianalisis daripada aspek keluasan tanaman padi di Kota Belud padatahun 2019 adalah seluas 9,392hektar. Oleh itu, kurang daripada tiga tahun sahaja telah berlaku peningkatan 1,000 hektar kawasan tanaman padi di Kota Belud.Atas faktor tersebut seharusnya bekalan beras negara mencukupi tetapi sebaliknya negara mengalami krisis kerentanan padi dan beras yang serius. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ialah menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kepada isu kekurangan bekalan beras, pemilihan, laveraj dan penglibatan pemegang taruh yang akhirnya menentukan pemilihan ruang dasar, kebolehoperasian dan penilaian keberkesanan dasar. Kajian mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan memperoleh data primer melalui temu bual berstruktur dengan para informan utama dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti empirikalmelalui data sekunder. Bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih komprehensif kajian kualitatif turut dilakukan dengan memberikan borang soal selidik kepada 100 orang penduduk kampung. Hasil kajian menunjukan sekuriti makanan perlu dijadikan agenda nasional dan selain itu penglibatan golongan belia, jaringan jalan raya yang komprehensif, sistem perparitan dan pengairan yang kondusif serta pengagihan tanaman padi dan tanaman komersial yang seimbang antara alternatif dan inisiatif dalam menghadapi dan mengurangkan isu sekuriti makanan di Sabah dan Malaysia secara amnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Food security, paddy and rice issues, Kota Belud, food security policy |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Government Policy By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Safety Regulations |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Rizana Mohd Radwan |
Date Deposited: | 26 Dec 2024 03:52 |
Last Modified: | 26 Dec 2024 03:52 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |