Reka bentuk dan prestasi mesin penyembur berlengan panjang untuk pengeluaran nanas di tanah mineral. MARDI Report No. 218 (2015) (218). pp. 1-9. (2015)
Abstract
Pengeluaran nanas di Malaysia telah berkembang di kawasan tanah mineral dan membuka peluang yang besar kepada penggunaan mekanisasi dalam aktiviti perladangan. Penggunaan mekanisasi dalam perladangan nanas adalah sangat penting untuk meningkatkan pengeluaran nanas negara memandangkan aktiviti secara manual memerlukan tenaga pekerja dan kos yang tinggi, di samping keluasan yang terhad dan produktiviti yang rendah. Aktiviti pengurusan tanaman dengan menggunakan kaedah semburan adalah salah satu aktiviti yang perlu dimekanisasikan. MARDI telah mengubah suai dan menguji mesin penyembur berlengan panjang sebagai penyelesaian bagi mekanisasi dalam aktiviti semburan dalam pengurusan tanaman. Pengujian dilakukan di ladang FIMA Sdn. Bhd. dengan ladang berkeluasan 8 ha. Mesin penyembur berlengan panjang berupaya menjalankan kerja-kerja penyemburan dengan cepat dan kurang penggunaan pekerja. Dengan kelajuan traktor 3.0 km/ jam, kadar kerja penyemburan ialah 1.6 ha/jam. Kos operasi penggunaan mesin penyembur berlengan panjang ialah RM13.20 ha/hari iaitu penjimatan sebanyak RM76.80 berbanding dengan kos operasi secara manual. Mesin penyembur berlengan panjang ini amat sesuai digunakan di ladang yang berskala besar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknologi Pemakanan, pengeluaran nenas |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D) |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 27 Mar 2025 08:23 |
Last Modified: | 27 Mar 2025 08:23 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |