Reka bentuk dan penilaian prestasi prototaip pembuka durian aras meja. MARDI Report No. 222 (2017) (222). pp. 1-18. (2017)
Abstract
Satu prototaip pembuka durian aras meja telah dibangunkan yang mengutamakan keselamatan, kaedah pemprosesan dan kualiti produk. Ia sesuai diguna pakai oleh industri kecil dan sederhana termasuk pengusaha kedai di bahu jalan. Prototaip ini direka bentuk dengan menggunakan konsep lengan mampatan dan beroperasi secara manual. Hasil penilaian prestasi mendapati prototaip ini berupaya mengupas durian sebanyak 250 – 300 biji/jam berbanding dengan kaedah tradisional iaitu hanya 100 – 150 biji/jam. Ini menunjukkan peningkatan kecekapan sebanyak 50%. Teknologi ini juga terbukti mesra pengguna kerana mampu dikendalikan oleh sesiapa sahaja termasuk individu yang tidak berpengalaman. Prototaip ini mampu untuk mengupas buah dengan saiz 12 – 30 cm dan pelbagai bentuk. Prototaip ini ditetapkan pada harga RM253.68 seunit.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknologi Pemakanan, Pembuka durian, Rekabentuk |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D) |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 28 Mar 2025 04:23 |
Last Modified: | 28 Mar 2025 04:23 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |