Rekabentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneram

Rekabentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneram. MARDI Report No. 223 (2018).


Related URLs:

    Abstract

    Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan untuk meminimumkan keperluan penggunaan tenaga manusia dan memendekkan jangka masa pemprosesan kuih. Alatan tangan telah direka bentuk menggunakan konsep tarik, tekap dan lepas. Kerangka alat ini terdiri daripada batang aci, spring, cincin rata keluli tahan karat dan struktur binaan yang diperbuat daripada bahan polyoxymethylene putih (POM White). Keupayaan alat telah diuji untuk mencetak atau membentuk pelbagai jenis doh kuih peneram yang telah siap diadun. Alat tersebut didapati mampu membentuk kuih peneram yang bersaiz 40 cm diameter luar dan 10 cm bagi diameter dalam serta berketebalan sehingga 1 cm. Kadar keupayaan alatan tangan untuk membentuk kuih peneram adalah antara 2,600 – 3,000 biji bagi setiap satu jam proses penekapan. Kadar keupayaan ini adalah enam kali lebih cepat berbanding dengan kaedah yang digunakan secara konvensional. Kos pembangunan untuk satu unit alat membentuk kuih peneram ini dianggarkan berharga RM800.

    Item Type: Article
    Keywords: Teknologi Pemakanan
    Taxonomy: By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D)
    Local Content Hub: Niche > Food Technology
    Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
    Date Deposited: 28 Mar 2025 04:23
    Last Modified: 28 Mar 2025 04:23

    Actions (login required)

    View Item View Item