Kajian verifikasi kehilangan lepas tuai padi disebabkan oleh jentuai. MARDI Report No. 224 (2018).
Abstract
Kerugian lepas tuai padi di Malaysia secara purata adalah sebanyak 28.5% terutamanya semasa proses penuaian, pengangkutan, pengeringan, pemprosesan dan penyimpanan. Berdasarkan laporan terdahulu, didapati kadar kehilangan padi disebabkan jentuai sedia ada (aliran tangen) adalah 4 – 13.5%. Oleh hal yang demikian, satu kajian telah dilaksanakan pada 2014 di dua jelapang padi di Semenanjung bertujuan untuk mengkaji peratus kehilangan padi semasa operasi penuaian menggunakan jentuai. Jentuai sedia ada yang beraliran tangen disediakan oleh pihak swasta manakala jentuai dengan teknologi baru beraliran paksi disediakan oleh pihak Pertubuhan Peladang Negeri Bahagian Jentera (PPNJ). Kajian dijalankan di KETARA (Besut, Terengganu) dan di MADA (Yan, Kedah). Keputusan kajian menunjukkan bahawa dengan menggunakan jentuai sedia ada, peratus kehilangan lepas tuai adalah antara 4.6 – 5.4% (purata 5%). Jentuai aliran paksi pula menghasilkan peratus kehilangan lepas tuai lebih rendah iaitu antara 1.7 – 3.1% (purata 2.4%). Hasil padi dapat ditingkatkan sebanyak 6.6% dengan menggunakan sistem baru, berbanding dengan sistem sedia ada hanya sebanyak 4%. Perbezaan peningkatan hasil padi antara jentuai sedia ada dengan jentuai menggunakan sistem baru adalah sebanyak 2.6%.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknologi Pemakanan |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D) |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 26 Jun 2025 03:56 |
Last Modified: | 26 Jun 2025 03:56 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |