Reka bentuk dan penilaian prestasi Mesin Lemang Mini MARDI

Reka bentuk dan penilaian prestasi Mesin Lemang Mini MARDI. MARDI Report No. 225 (2018).



Abstract

Satu revolusi teknologi penghasilan lemang telah dibangunkan dengan nama Mesin Lemang Mini MARDI. Bentuk asas inovasi mesin ini terdiri daripada sarung keluli berbentuk silinder yang berfungsi sebagai bekas memasak. Bentuk silinder dipilih untuk mengekalkan ciri-ciri fizikal tradisional lemang yang dimasak di dalam buluh. Teknologi ini mampu untuk beroperasi dalam dua keadaan iaitu secara tunggal atau gabungan teknologi. Konsep tunggal bermaksud bekas memasak lemang telah dilengkapi dengan sistem pemanas elektrik khas dalam satu unit dan manakala konsep gabungan teknologi bermaksud bekas memasak lemang diadaptasikan kepada alat memasak di dapur iaitu periuk nasi. Fokus utama teknologi ini dibangunkan adalah untuk menghasilkan sebuah teknologi yang bersesuaian bagi kegunaan isi rumah atau domestik. Tempoh memasak lemang yang diperlukan sekiranya menggunakan konsep tunggal adalah selama 70 minit dengan kadar kecekapan haba memasak 54% manakala tempoh bagi konsep gabungan teknologi adalah selama 120 minit dengan kadar kecekapan haba memasak 8.83%. Kos pengeluaran sebatang lemang dianggarkan dalam julat RM1.16 – RM1.20.

Item Type: Article
Keywords: Teknologi Pemakanan
Taxonomy: By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D)
Local Content Hub: Niche > Food Technology
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 26 Jun 2025 03:56
Last Modified: 26 Jun 2025 03:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item