Kerbau punya susu, sapi dapat nama

Kerbau punya susu, sapi dapat nama. Epitome of Nature (EON).



Abstract

Pernahkah anda menikmati segelas susu kerbau panas? Anda mungkin tidak menyedarinya kerana produk tenusu kerbau kebiasaannya dijenamakan sebagai susu segar. Susu kerbau mempunyai rasa yang berbeza dan mudah dihadam berbanding susu lembu. Sebagai perbandingan, susu kerbau mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi dari lembu susu dan sesuai untuk dijadikan keju. Oleh kerana susu kerbau sukar diperolehi, harga pasaran susu kerbau lebih tinggi dan boleh mencecah sehingga RM14 seliter berbanding RM3 seliter bagi susu lembu. Susu kerbau amat popular di utara semenanjung samada berbentuk produk segar atau diproses menjadi susu pekat manis. Di Selangor, kebanyakan produk susu kerbau dijadikan keju mozzarella untuk disajikan di kedai mamak. Tidak hairan terdapat satu ladang kerbau terbesar di Malaysia yang turut mempunyai kilang memproses keju iaitu MIG cheese factory untuk memenuhi permintaan pengguna.

Item Type: Article
Keywords: Kerbau, susu, sapi, produk tenusu
Taxonomy: By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D) > Food Chemistry
Local Content Hub: Niche > Food Technology
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 26 Jun 2025 04:48
Last Modified: 26 Jun 2025 04:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item