Jambu batu: pengembaraan rasa untuk kesihatan optimal

Jambu batu: pengembaraan rasa untuk kesihatan optimal. Epitome of Nature (EON).



Abstract

Daerah Batang Padang yang terletak di negeri Perak, Malaysia, adalah daerah yang terkenal dengan keindahan alam yang kaya dengan kepelbagaian buah-buahan tropika. Pertanian buah-buahan tropika di daerah Batang Padang merupakan sumber mata pencarian utama bagi penduduk setempat. Keadaan iklim yang panas dan lembab serta tanah pasir bermineral yang merupakan bekas lombong biji timah yang subur di daerah Perak ini telah menghasilkan lingkungan yang ideal untuk pertanian pelbagai buah-buahan tropika. Salah satu buah tropika yang senang didapati di sini adalah buah jambu batu. Buah jambu batu Bidor antara yang paling terkenal, sinonim dengan pekan Bidor iaitu salah satu pekan di dalam daerah Batang Padang. Buahnya tiada biji, permukaan kulitnya yang berkerepot, rasanya manismanis masam, rapuh namun masih lembut menyebabkan ada penggemarnya sanggup ke pekan Bidor hanya kerana ingin mendapatkan jambu batu Bidor.

Item Type: Article
Keywords: Jambu batu, kesihatan optimal, tanah pasir, bermineral
Taxonomy: By Niche > Food Technology > Nutritional Science > Dietetics
By Niche > Food Technology > Nutritional Science
Local Content Hub: Niche > Food Technology
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 26 Jun 2025 04:55
Last Modified: 26 Jun 2025 04:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item