Kesan kemasinan terhadap pertanian di pesisiran pantai

Kesan kemasinan terhadap pertanian di pesisiran pantai. Epitome of Nature (EON) (10). ISSN 2773-5869 (2024)



Abstract

Salah satu kandungan yang terdapat dalam air laut adalah pepejal terlarut (TDS) yang merujuk kepada jumlah pepejal yang larut dalam air seperti garam, mineral dan bahan organik yang lain (Hancock, 2016). Kemasinan, pada dasarnya merujuk kepada kepekatan garam dalam air atau tanah (Brouwer et al., 1985). Garam merupakan penyumbang utama kepada jumlah pepejal terlarut (TDS). Oleh itu, semakin tinggi kepekatan garam, semakin tinggi nilai TDS. Kemasinan, atau kandungan garam yang tinggi dalam tanah atau air, memainkan peranan utama dalam mempengaruhi pertanian di kawasan pesisiran. Untuk memahaminya, bayangkan tanah sebagai tapak penting di mana tumbuhan tumbuh dan berkembang. Apabila tanah tersebut mempunyai terlalu banyak garam, ia seolah-olah menjejaskan resepi tumbuhan.

Item Type: Article
Keywords: Kemasinan, pertanian, pantai, tumbuhan
Taxonomy: By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Environmental Aspects
Local Content Hub: Niche > Food Technology
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 30 May 2025 03:30
Last Modified: 30 May 2025 03:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item