Latok: rahsia awet muda. Epitome of Nature (EON) (11). ISSN 2773-5869 (2024)
Abstract
Pernahkah anda ditegur dengan gelaran mak cik atau pak cik? Pernahkah anda rasa wajah seperti berusia sedangkan masih muda? Pendedahan secara berterusan terhadap cahaya matahari boleh menyebabkan kulit semakin kusar dan gelap. Faktor-faktor lain juga mempengaruhi kulit seperti merokok, tekanan, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang, dehidrasi dan lain-lain. Jadi, apakah cara yang terbaik untuk menghadapi masalah ini? Memperkenalkan permata laut, iaitu latok yang boleh membantu dalam kitaran permasalahan penuaan di kalangan rakyat Malaysia. Latok atau nama saintifiknya Caulerpa lentillifera juga dikenali sebagai rumpai laut anggur kerana bentuk fizikalnya yang menyerupai anggur. Di Malaysia, latok amat popular dalam kalangan masyarakat di Sabah kerana merupakan salah satu makanan laut tradisi bagi masyarakat Bajau Laut dan Sulu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Latok, awet muda, Bajau Laut, Sulu, Caulerpa lentillifera |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Nutritional Science |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 30 May 2025 03:29 |
Last Modified: | 30 May 2025 03:29 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |