Obesiti: adakah ini pilihan kita? Epitome of Nature (EON) (12). ISSN 2773-5869 (2024)
Abstract
Obesiti merupakan sejenis kondisi yang menandakan seseorang itu mempunyai lemak badan yang berlebihan. la didefinisikan oleh indeks jisim badan (BMI) dan dinilai dari segi pengagihan lemak melalui nisbah pinggang pinggul dan faktor risiko kardiovaskular. BMI berkait rapat dengan peratusan lemak badan dan jumlah lemak badan. Secara umumnya, angka ukuran yang diperolehi daripada BMI ini menjadi ukuran kuantitatif yang baik untuk mengenal pasti obesiti seseorang. Walaupun begitu, indeks BMI rupanya peramal yang lemah bagi individu yang sangat cergas, kerana seseorang yang memiliki tisu otot yang lebih tinggi daripada individu biasa akan mencapai keputusan BMI yang lebih tinggi daripada normal walaupun badan individu itu sangat besar. lndeks jisim badan ini terpakai untuk orang dewasa yang telah membesar sepenuhnya. Obesiti juga boleh meningkatkan kebarangkalian individu menghidap pelbagai penyakit berkaitan obesiti, termasuk penyakit kardiovaskular, diabetes melitus tahap 2, apnea tidur obstruktif, jenis jenis kanser tertentu, osteoartritis, dan asma.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Obesiti, apnea tidur obstruktif, kanser, osteoartritis, asma |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Health Aspects |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 30 May 2025 02:59 |
Last Modified: | 30 May 2025 02:59 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |