Daging kultur: solusi untuk kemiskinan dan kelaparan. Epitome of Nature (EON) (12). ISSN 2773-5869 (2024)
Abstract
Dalam era kemajuan sains dalam bidang bioteknologi, kita telah menyaksikan perkembangan pelbagai kaedah baru diterokai untuk menyelesaikan masalah manusia sejagat. Salah satu aplikasi bioteknologi ini ialah teknologi kultur sel yang telah memberikan sumbangan besar kepada kemajuan masyarakat. Kaedah kultur sel ialah proses pertumbuhan tisu atau sel bahagian tumbuhan atau haiwan yang dilakukan dalam persekitaran terkawal di luar badan organisma (in vitro). Sel ini kemudiannya diletakkan dalam medium yang kaya dengan nutrien yang menyerupai persekitaran semula jadi di dalam tubuh badan organisma induk. Hasilnya, sel-sel akan berkembang dan membeza lalu berubah menjadi tisu tanpa menggunakan tubuh asal haiwan atau tumbuhan induk.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Daging kultur, kemiskinan, kelaparan |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Economic Aspects By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D) |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 30 May 2025 02:58 |
Last Modified: | 30 May 2025 02:58 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |