Akuakultur peneraju kerterjaminan makanan pada masa hadapan

Akuakultur peneraju kerterjaminan makanan pada masa hadapan. Epitome of Nature (EON) (12). ISSN 2773-5869 (2024)



Abstract

Makanan merupakan keperluan asas bagi semua manusia di muka bumi. Keterjaminan makanan amat penting bagi kelangsungan hidup manusia yang sentiasa bergantung kepada makanan bagi mendapatkan zat-zat dan nutrien untuk terus hidup bagi melaksanakan aktiviti harian. Matlamat Pembangunan Mampan atau lebih dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG) adalah sebuah matlamat yang telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015 bagi membangun serta menangani kemaslahatan global menjelang tahun 2023. Salah satu matlamat ini adalah bagi memastikan kebuluran sifar di seluruh dunia yang telah diletakkan di dalam matlamat yang ke-2. Pada tahun 2022 sahaja statistik kelaparan berterusan dunia adalah dianggarkan berada pada 9.2% iaitu bersamaan dengan 732 juta orang dan 2.4 bilion orang juga mempunyai masalah keselamatan makanan pada skala sederhana hingga teruk (United Nations, 2023). Hal yang serius ini haruslah ditangani segera bagi mencapai matlamat SDG yang telah diperkenalkan oleh PBB. Salah satu industri yang perlu ditekankan bagi mencapai SDG 2 adalah industri akuakultur iaitu sebuah industri dibawah bidang perikanan.

Item Type: Article
Keywords: Akuakultur, makanan, perikanan, bumi
Taxonomy: By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Economic Aspects
By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D)
Local Content Hub: Niche > Food Technology
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 30 May 2025 02:57
Last Modified: 30 May 2025 02:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item