Makanan fermentasi: impak kepada kesihatan dan ekonomi. Epitome of Nature (EON) (12). ISSN 2773-5869 (2024)
Abstract
Populasi dunia yang semakin meningkat harus berkadar terus dengan ketersediaan makanan, kerana makanan adalah keperluan asas bagi setiap manusia. Selain daripada memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan, proses yang perlu diberi perhatian ialah memastikan bekalan makanan berterusan, pelbagai, dan selamat untuk dimakan. Salah satu cara untuk memenuhi ketiga-tiga keperluan ini ialah melalui proses fermentasi makanan. Proses fermentasi yang telah diamalkan sejak zaman Neolitik telah disifatkan oleh Louis Pasteur sebagai “La vie sans l’air” atau hidupan tanpa air. Fermentasi dapat memanjangkan jangka hayat makanan serta kekal relevan untuk diaplikasikan oleh masyarakat di seluruh dunia terutamanya di negara membangun dan masyarakat luar bandar yang mempunyai kemudahan terhad. Proses fermentasi boleh berlaku secara semula jadi atau boleh dikawal dengan menambahkan kultur pemula kepada bahan mentah. Mikroorganisma yang diisolasi daripada makanan yang difermentasi juga boleh digunakan sebagai kultur pemula dalam pembangunan produk makanan jika ia memenuhi syarat tertentu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesihatan, ekonomi, makanan fermentasi, zaman Neolitik |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Economic Aspects By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D) |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 30 May 2025 02:51 |
Last Modified: | 30 May 2025 02:51 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |