Teroka penanaman cendawan tiram dengan kaedah rumah hijau mini “Do-It-Yourself”. Epitome of Nature (EON) (12). ISSN 2773-5869 (2024)
Abstract
Cendawan tiram merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dengan pelbagai cara untuk dimasak. Rasanya yang unik dan seakan-akan daging ayam menjadikannya salah satu sumber protein alternatif bagi vegetarian. Ianya mudah didapati dari pasaraya mahupun di pasar tani dari pengusaha kecil. Selain itu, cendawan tiram juga mudah untuk ditanam daripada bongkah komersil yang dijual secara tunai mahupun melalui atas talian. Kandungan serat yang tinggi serta amino asid seperti lysine dan leucine menjadikan cendawan tiram (Pleurotus ostreatus) sebagai sumber makanan pilihan tidak kira golongan dan umur. Namun, kerana jangka hayat cendawan tiram yang pendek, cendawan butang (Agaricus bisporus) dan shiitake (Lentinula edodes) lebih digemari oleh penduduk dunia. Kandungan karbohidrat cendawan tiram adalah sekitar 25% - 76% manakalakandungan lemak pula sebanyak 3% (Raman et al., 2021).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cendawan tiram, rumah hijau, vegetarian |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D) |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 30 May 2025 02:49 |
Last Modified: | 30 May 2025 02:49 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |