Udang tanah: prospek penternakan yang masih belum di terokai. Epitome of Nature (EON) (12). pp. 87-89. ISSN 2773-5869 (2024)
Abstract
Bersepit, badan mirip seakan lobster namun bersusur galur udang, tetapi ianya bukan udang mahupun lobster. Ianya dikenali juga sebagai udang tanah, ngoang atau mang sebagai nama jolokan yang diberikan oleh penduduk setempat dan nama saintifiknya ialah Thalassina anomala (Gambar 1). Haiwan ini biasanya boleh ditemui di kawasan berpaya di Sarawak dan Sabah, serta di Semenanjung Malaysia, ada terdapat di Terengganu dan Selangor (Khalid, 2016). Organisma malam atau nocturnal organism ini bukan sahaja mendiami pinggir laut berbakau malah haiwan ini mampu membina habitat dan merebak ke kawasan persekitaran paya bakau yang tanahnya berair. Udang tanah kebiasaannya membuat sarang yang menyerupai busut (Gambar 2). Ia terkenal dengan aktiviti menggalinya dengan menyodok dan menggali serpihan tanah serta organik ke permukaan menggunakan sepasang set penyepit (carapace) sehingga terbina timbunan lumpur.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Udang tanah, lobster, ngoang, mang |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Research & Food Product Development (R&D) |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 30 May 2025 02:46 |
Last Modified: | 30 May 2025 02:46 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |