Mitos asal-usul kosmologi Murut paluan dan Kadazandusun: satu perbandingan. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7 (1). ISSN 2462-2095 (2021)
Abstract
Mitos kosmologi adalah pendukung kepercayaan silam. Piramid kepercayaan ini tersusun dan menyuburkan mitos Murut Paluan dan Kadazandusun di Sabah. Kosmologi ini menjadi penentu kepada pembinaan adat, ramalan dan ritual nenek moyang mereka. Kosmologi ini juga menjadi sumber yang memancarkan jati diri masyarakat kedua-dua etnik yang masih ada dalam kepercayaan mereka. Beberapa tempias khazanah tradisi diserap dalam dunia yang dinamik dan kontemporari kini. Struktur kosmologi ini menampilkan peranan Aki Kinapuno (Tuhan Murut Paluan) dan Kinorohingan (Tuhan Kadazandusun) dalam dua dunia etnik yang berbeza. Semua lapisan kosmologi ini terdapat perbezaan dan persamaan sebagai teduhan manusia untuk menjalankan kehidupan dalam keadaan harmoni dan teratur. Sumber kajian yang berorentasikan kajian lapangan ini disokong oleh kajian ilmiah yang pernah dikaji oleh penyelidik sebelumnya. Oleh itu, kaedah ini menujukkan analisis atau kenyataan yang sesuai digandingkan untuk perbandingan. Tumpuan kajian ini adalah ingin mengemukakan perbezaan dan persamaan mitos asal-usul kosmologi Murut Paluan. Penonjolan perbandingan ini secara tidak langsung mengimbas kisah autentik untuk mengungkapkan mitos sebagai paksi kepercayaan untuk kembali kepada jati diri manusia walaupun fasa globalisasi memberi hakisan nilai terhadap kepercayaan mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Sub-ethnic, Murut Paluan, Belief |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 19 Feb 2025 02:45 |
Last Modified: | 19 Feb 2025 02:45 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |