Signifikan budaya mengayau dan ritual dalam persembahan lansaran

Signifikan budaya mengayau dan ritual dalam persembahan lansaran. Gendang Alam, 9. ISSN 2180-1738 (2019)



Abstract

Lansaran ialah salah satu persembahan tradisional etnik Murut Tahol yang tinggal di pedalaman Sabah. Tulisan ini memberikan tumpuan terhadap kaitan antara budaya Mengayau, ritual Kukui dan persembahan Lansaran etnik Murut Tahol. Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menjalankan tiga kerja lapangan di lapan buah kampung di Daerah Tenom. Pengkaji telah menemu bual sejumlah 14 orang informan Murut Tahol yang arif dalam hal Lansaran. Analisis yang dilakukan dalam kajian ini adalah berasaskan interpretasi terhadap hasil temu bual dan cerita lisan yang disampaikan oleh informan Murut di tempat kajian. Hasil analisis mendapati persembahan Lansaran pada asalnya ialah sejenis permainan tradisional dan dijadikan sebahagian daripada persembahan ritual Kukui yang berkait rapat dengan budaya Mengayau. Bagi mententeramkan roh mangsa yang telah dipenggal kepala, maka upacara Kukui dikendalikan supaya roh mangsa serta semangat jahat lain tidak mengganggu penduduk kampung. Tulisan ini telah menonjolkan persembahan Lansaran, aktiviti Mengayau dan upacara Kukui adalah saling berkait.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Sub-ethnic, Murut Tahol, Lansaran, Permainan tradisional, Budaya mengayau, Ritual kukui
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 19 Feb 2025 01:56
Last Modified: 19 Feb 2025 01:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item