Nilai kepahlawanan dalam tangon terpilih suku Kimaragang di Sabah

Nilai kepahlawanan dalam tangon terpilih suku Kimaragang di Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 32 (1). pp. 175-201. ISSN 2590-4086 (2021)



Abstract

Tangon (cerita rakyat) sering diperdengarkan dalam masyarakat suku Kimaragang. Pada umumnya, cerita-cerita rakyat (tangon) suku Kimaragang melambangkan sosiobudaya, falsafah dan gambaran nilai kepahlawanan bagi masyarakat tersebut. Namun, dewasa ini, nilai-nilai yang terkandung dalam tangon sering dilupakan, terutama oleh generasi muda. Oleh itu, kajian ini memberi perhatian pada nilai-nilai kepahlawanan yang terkandung dalam cerita rakyat suku Kimaragang di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kajian lapangan dan temu bual untuk mendokumentasi tangon. Seterusnya, data akan dianalisis menggunakan pendekatan Alamiah salah satu pendekatan dalam teori Pengkaedahan Melayu yang dikemukakan oleh Hashim Awang bagi memahami aspek-aspek kepahlawanan seperti keberanian, rela berkorban, semangat juang dan keterbukaan yang terkandung dalam cerita rakyat. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa elemen kepahlawanan penting dikuasai, terutama dalam norma masyarakat yang kucar-kacir demi mengangkat martabat diri dan menjaga kehormatan. Sememangnya, masyarakat suku Kimaragang pada masa lampau mengamalkan nilai-nilai kepahlawanan dalam kehidupan untuk memastikan sebuah kehidupan yang aman dan sejahtera. Mengaplikasi nilai-nilai kepahlawanan dalam kehidupan masa kini merupakan suatu daripada usaha untuk mengupaya dan mengekalkan warisan yang semakin dilupakan.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Sub-ethnic, Kimaragang, Tangon, Cerita rakyat, Nilai kepahlawanan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 18 Feb 2025 01:45
Last Modified: 18 Feb 2025 01:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item