Bidar Lukut bawa rezeki kepada pengusaha, tarikan pengunjung luar

Bidar Lukut bawa rezeki kepada pengusaha, tarikan pengunjung luar. [Newspaper] (2024)



Abstract

MUKAH, 17 Julai: Lumba Bidar Lukut merupakan permainan tradisi masyarakat Melanau yang unik di Mukah telah menjadi tarikan utama dalam Pesta Kaul kali ini.

Sukan air itu telah menyaksikan sambutan hangat daripada segi penyertaan dan jumlah penonton yang hadir pada tempoh hari.

Bidar bermaksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakannya untuk berlayar sementara permainan ini menggunakan 100 peratus kuasa angin untuk menggerakkannya.

Menurut pembuat perahu lukut, Malik Mauludin, sambutan hangat terhadap permainan itu dalam Pesta Kaul kali ini telah membuatkan dirinya tidak menang tangan menerima tempahan daripada peserta, malah ada antara pengunjung yang membeli dengan harga yang tinggi untuk dibawa pulang.

Item Type: Newspaper
Keywords: bidar lukut, Kaum Melanau, Pesta Kaul Mukah, permainan tradisi, perahu lukut
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 26 Feb 2025 01:52
Last Modified: 26 Feb 2025 01:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item