Galeri kedua Warisan Melanau di Oya akan dibangunkan

Galeri kedua Warisan Melanau di Oya akan dibangunkan. [Newspaper] (2022)



Abstract

MUKAH: Galeri kedua warisan Melanau bakal dibangunkan di Oya.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia bakal menjadi pusat rujukan muzik, budaya dan sebagainya berkaitan kaum Melanau di Sarawak.

"Kita luluskan pembinaan Galeri Warisan Melanau Oya kedua bersebelahan dengan galeri sedia ada," katanya ketika Majlis Perasmian Galeri Warisan Melanau Oya di Oya Square, hari ini.

Menurutnya, kaum Melanau merupakan salah satu etnik yang kaya dengan tradisi dan kebudayaan.

Maka, kewujudan galeri seumpama dapat turut mempromosikan keunikan serta kekayaan kebudayaan yang ada pada sebahagian dari negeri Sarawak.

Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan kini bukan hanya mempromosikan kebudayaan, malah semua pakej pembangunan akhirnya memberikan manfaat kepada komuniti sekeliling.

Item Type: Newspaper
Keywords: Galeri Warisan Melanau 2, pusat rujukan, Kaum Melanau, mempromosikan kebudayaan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Belief
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 26 Feb 2025 01:39
Last Modified: 26 Feb 2025 01:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item