Rekabentuk bagi keselamatan bandar di Kuala Lumpur: Satu ulasan kritis

Rekabentuk bagi keselamatan bandar di Kuala Lumpur: Satu ulasan kritis. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 11 (9). pp. 40-53. ISSN 2180-2491 (2015)



Abstract

Pelbagai pendekatan telah digunakan bagi menangani jenayah jalanan di Malaysia, namun masih kurang berkesan.
Program Bandar Selamat yang diketengahkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
[JPBD] pada 2004 menggalurkan 15 langkah mewujudkan bandar selamat. Salah satu daripada langkah tersebut
ialah mereka bentuk persekitaran fizikal yang dapat mencegah jenayah. Artikel ini bertujuan mengenal pasti elemen
reka bentuk bandar yang dapat mengurangkan kadar jenayah jalanan, dengan rujukan khusus jenayah jalanan yang
berlaku di Kuala Lumpur. Menggunakan maklumat dan rekod yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia, artikel
ini mengenal pasti beberapa elemen reka bentuk bandar yang mewujudkan faktor jenayah jalanan. Beberapa langkah
dicadangkan untuk memperbaiki reka bentuk persekitaran bandar bagi mengurangkan kejadian jenayah jalanan, iaitu
susun atur ruang bandar , laluan dan kemudahsampaian, pencahayaan, peralatan keselamatan (seperti CCTV, butang
kecemasan (panic button), cermin keselamatan dan papan tanda peringatan), pengawasan, dan penyelenggaraan

Item Type: Article
Keywords: Reka bentuk persekitaran bandar, Bandar selamat, Jenayah jalanan, Pengawasan bandar
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Town Planning
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Park Amenities
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Amirza Suryati Maliki
Date Deposited: 17 Aug 2020 09:45
Last Modified: 17 Aug 2020 09:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item