Seni Tradisional Batik Sebagai Tunjang Warisan Negeri Kelantan. Jurnal Kajian Lisan Malaysia, 2 (1). pp. 1-9. ISSN 2976-3967 (2024)
Abstract
Batik merupakan lambang seni warisan kreatif yang mempunyai sejarah tersendiri. Batik juga diiktiraf
sebagai warisan negara yang bernilai tinggi serta salah satu kraftangan yang terkenal di peringkat global. Kajian ini
berkaitan tentang seni tradisional batik sebagai tunjang warisan negeri Kelantan bagi menyelusuri sejarah perjalanan
warisan batik serta menjadikan batik sebagai lambang seni warisan pada masa datang. Pengusaha batik memainkan
peranan penting dalam memastikan seni batik negara dapat dimartabatkan dan mencapai zaman kegemilangan.
Kajian ini menunjukkan bahawa Syarikat Nordin Batik Sdn Bhd mampu mengorak langkah lebih jauh apabila berjaya
melakar kejayaan demi kejayaan dan semakin dikenali ramai. Hal ini secara tidak langsung mampu memartabatkan
nilai estetika “Batik” sebagai seni warisan lama serta menyampaikan maksud dan nilai budaya melayu yang semakin ketara keterbukaaan seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini. Pada zaman dahulu, batik dianggap sebagai seni tradisional tetapi setelah pelbagai inisiatif oleh pelbagai pihak dilakukan melalui revolusi kontemporari kini batik mampu dijadikan sebagai elemen utama dalam reka bentuk dan reka hias pakaian fesyen terkini. Kini “Batik” mampu bertapak sejajar dengan kemajuan dan perkembangan teknologi dalam memperkenalkan dan mempromosi batik
semakin hebat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Batik, Seni, Warisan, Kraftangan, Tradisional |
Taxonomy: | By Niche > Batik > Marketing By Niche > Batik > Private Collections |
Local Content Hub: | Niche > Batik |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 28 Apr 2025 04:07 |
Last Modified: | 28 Apr 2025 04:07 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |