Tarian Mongilag: Refleksi kepahlawanan etnik Kimaragang dalam konteks tradisi lisan

Tarian Mongilag: Refleksi kepahlawanan etnik Kimaragang dalam konteks tradisi lisan. [Website] (2018)



Abstract

Tarian Mongilag merupakan salah satu daripada empat tarian tradisional etnik Kimaragang yang dominan di daerah Kota Marudu, Sabah. Berdasarkan cerita lisan, tarian Mongilag popular ditarikan oleh randawi do royo’on (Pahlawan) dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, moginakan (kesyukuran selepas selesai menuai padi) dan mongukas (memperingati kematian). Tarian Mongilag dipersembahkan dengan ragam gerak yang spontan daripada penari dan berkonsepkan pergerakan seni bela diri. Sehingga kini, tarian ini bukan sahaja semakin dilupakan oleh etnik Kimaragang sendiri, malah tinjauan perpustakaan yang dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa tarian ini kurang mendapat perhatian daripada pengkaji tarian etnik peribumi Sabah serta kajian ilmiah berkaitan dengan tarian ini juga terhad. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan menfokuskan kepada konteks persembahan dan props yang digunakan di dalam persembahan tarian Mongilag berdasarkan cerita lisan. Sehubungan itu, konteks persembahan serta props yang digunakan dalam persembahan tarian Mongilag akan dianalisis berdasarkan kaedah diskriptif. Hasil analisis memperlihatkan wujudnya dua konsep persembahan tarian Mongilag yang wujud pada masa dahulu sehingga kini yang mencerminkan kepahlawanan etnik Kimaragang. Kajian ini diharap dapat memberikan informasi berkaitan tarian Mongilag yang kian dipinggirkan selain daripada memahami persembahan tarian Mongilag sebagai satu bentuk persembahan yang mencerminkan kepahlawanan etnik Kimaragang di masa silam.

Item Type: Website
Keywords: Kadazan dusun, Kimaragang, Sub-ethic, Tarian Mongilag
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 29 Apr 2025 03:24
Last Modified: 29 Apr 2025 03:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item