Pengaruh Faktor Masa Dan Abiotik Terhadap Kelakuan Keluar Masuk Sarang Lebah Kelulut, Tetrigona apicalis (Smith, 1857) (HYMENOPTERA: APIDAE)

Pengaruh Faktor Masa Dan Abiotik Terhadap Kelakuan Keluar Masuk Sarang Lebah Kelulut, Tetrigona apicalis (Smith, 1857) (HYMENOPTERA: APIDAE). PENGARUH FAKTOR MASA DAN ABIOTIK TERHADAP KELAKUAN KELUAR MASUK SARANG LEBAH KELULUT, Tetrigona apicalis (SMITH, 1857) (HYMENOPTERA: APIDAE), 27 (3). pp. 238-251. ISSN 1394-5130 (2023)



Abstract

Lebah kelulut merupakan spesies pendebunga yang penting di kawasan tropika dan subtropika. Dalam kajian ini, pengaruh faktor masa dan abiotik terhadap kelakuan keluar dan masuk sarang oleh lebah kelulut Tetrigona apicalis telah dikaji. Faktor masa dan abiotik yang dikaji termasuklah waktu per hari, suhu, kelembapan relatif, keamatan cahaya dan kelajuan angin. Kajian ini telah dijalankan di pusat koleksi Meliponini di Institut Genom Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. Jumlah lebah kelulut T. apicalis yang masuk dan keluar dari sarang telah dikira melalui pemerhatian secara langsung selama 5 minit bagi setiap jam dari 09:00 hingga 17:00 dari bulan Mei hingga Oktober 2019. Hasil kajian menunjukkan bahawa masa (f=3.965, P=0.002, P<0.05) secara signifikannya mempengaruhi kekerapan masuk dan keluar lebah kelulut T. apicalis dari sarang. Bagi faktor abiotik, kelembapan relatif secara signifikannya mempengaruhi kelakuan masuk (f=16.664, P= 0.001, P<0.05) dan keluar (f=7.939, P=0.006, P<0.05) lebah kelulut T. apicalis dari sarang. Ujian regresi berganda menunjukkan terdapat interaksi yang rendah tetapi signifikan di antara kesemua faktor abiotik terhadap kelakuan keluar dan masuk sarang lebah kelulut T. apicalis (r2=0.13, f=3.10, P=0.02, P<0.05). Kajian ini boleh digunakan untuk mendidik penternak lebah kelulut untuk memastikan pengurusan yang lebih baik bagi mengekalkan perkhidmatan pendebungaan yang mampan sepanjang tahun.

Item Type: Article
Keywords: Lebah kelulut, Pencarian makan, Malaysia, Masa, Abiotik
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Behavior
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Ecology
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Physiology
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Research
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Ayuzawahie Amran
Date Deposited: 28 Apr 2025 03:34
Last Modified: 28 Apr 2025 03:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item