Sistem teras perbankan Islam: suatu analisis kualitatif terhadap amalan dan kepentingan pembangunannya. Journal of Information System And Technology Management, 8. pp. 148-167. ISSN EISSN: 0128-1666 (2023)
Abstract
Sistem teras perbankan merupakan sistem bahagian belakang yang memproses aktiviti-aktiviti perbankan harian. Ia menawarkan kemudahan kepada institusiinstitusi perbankan Islam untuk menjalankan aktiviti perbankan Islam harian sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Sistem teras perbankan seharusnya menjadi alat pematuhan Syariah dalam kerangka perundangan perbankan Islam di Malaysia susulan terbitan polisi dokumen kontrak Syariah oleh Bank Negara Malaysia sejak penggubalan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Maka, kajian ini bertujuan meneliti amalan pembangunannya yang sedia ada. Berdasarkan metodologi kajian teks dan temu bual, kajian ini mendapati terdapat lima pendekatan yang berbeza dalam pembangunan sistem teras perbankan Islam sedia ada. Analisis juga mendapati kedudukan kontrak Syariah diletakkan oleh vendor-vendor tersebut dalam sistem teras perbankan Islam mereka sama ada sebagai satu modul khusus atau sebagai asas pengoperasian sistem teras perbankan Islam. Berdasarkan dapatan tersebut, artikel ini menjelaskan kepentingan pembangunan sistem teras perbankan berasaskan kontrak Syariah yang dapat mengurangkan risiko ketidakpatuhan Syariah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perbankan Islam, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Kontrak Syariah |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Accounting |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 30 Apr 2025 03:45 |
Last Modified: | 30 Apr 2025 03:45 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |