Kelakuan Perbankan Islam dalam menguruskan pembiayaan di Malaysia (Islamic Banking Behaviour in Financing Management in Malaysia)

Kelakuan Perbankan Islam dalam menguruskan pembiayaan di Malaysia (Islamic Banking Behaviour in Financing Management in Malaysia). Asian Journal Of Accounting & Governance, 3. pp. 29-38. ISSN 2180-3838 (2012)



Abstract

Kajian ini menganalisis pengaruh spesifikasi bank, perubahan dasar kewangan dan persekitaran ekonomi ke atas kelakuan bank Islam dalam menawarkan pembiayaan. Perubahan yang berlaku dalam petunjuk di atas lazimnya akan mendorong bank membuat pertimbangan berhubung jumlah pembiayaan yang ditawarkan dengan objektif emaksimumkan keuntungan dan pada masa sama meminimumkan kemungkiran. Kajian ini mengguna pakai kaedah anggaran data panel untuk tempoh 1994-2010 bagi 17 bank Islam di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa corak dan kelakuan bank Islam dalam menawarkan pembiayaan dipengaruhi oleh faktor spesifikasi bank seperti tingkat pembiayaan masa lalu, pendedahan kepada risiko, tingkat saiz dan struktur permodalan. Manakala bagi faktor dasar kewangan pula, kelakuan pembiayaan bank Islam dipengaruhi oleh pelaburan dalam pasaran wang dan sekuriti kerajaan Malaysia. Bagi faktor persekitaran ekonomi, kajian tidak menunjukkan hubungan signifikan dengan kelakuan pembiayaan oleh bank Islam di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Pembiayaan
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Accounting
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 30 Apr 2025 03:46
Last Modified: 30 Apr 2025 03:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item