Persepsi masyarakat Melanau tradisional terhadap kosmologi: analisis terhadap beberapa surah Makkiyah. In: Conference: World Conference on Integration of Knowledge (WCIK) 2014, September 2014, Golden Flower Hotel,Bandung,Indonesia. (2014)
Abstract
Kosmologi adalah salah satu bidang falsafah yang mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam semesta. Setiap etnik dalam masyarakat mempunyai persepsi atau sudut pandang terhadap alam termasuklah etnik Melanau. Persepsi adalah proses seseorang individu memilih, mengorganisasikan dan menafsirkan kemasukan informasi untuk menciptakan suatu gambaran yang bermakna tentang dunia. Terdapat beberapa perkara yang menghasilkan persepsi antaranya objek yang dipersepsikan yang merupakan langkah pertama dalam mengadakan persepsi (psikologis). Justeru artikel ini membincangkan persepsi masyarakat etnik Melanau tradisional terhadap alam yang menjadi sebahagian daripada kepercayaan dan pegangan dalam adat mereka. Mereka mempunyai sudut pandang terhadap alam sebagai suatu entiti dalam kosmos yang samar. Menurut kosmologi etnik Melanau, alam ini terbahagi kepada tiga zon iaitu Langit, Tana’ dan Iyang. Dalam masyarakat ini ada dua kawasan iaitu Uma dan Guun yang dikongsi oleh manusia bersama binatang, tumbuhan dan makhluk halus. Mereka percaya kawasan tersebut dikuasai oleh makhluk halus dan sebarang palei yang dilakukan boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pada peraturan semula jadi dan balasan buruk. Persepsi ini dilihat berbeza dengan fakta yang dinyatakan di dalam al-Qur’an khususnya dalam surah Makkiyah. Artikel ini cuba membandingkan dua perkara tersebut secara menganalisa ayat-ayat Makkiyah yang membicarakan tentang alam. Rumusannya, persepsi masyarakat etnik Melanau Tradisional menerima alam sebagai sesuatu entiti dalam kosmos yang sama. Manakala al- Qur’an menjelaskan persepsi yang jelas dan tepat terhadap alam. Kepercayaan sebegini memperlihatkan kelompangan dari sudut akidah dan ilmu yang sahih dalam Masyarakat mereka.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Persepsi, Tradisional, Alam, Kepercayaan, Terjemahan |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Belief By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 30 May 2025 02:29 |
Last Modified: | 30 May 2025 02:29 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |