Pengaruh kepercayaan dan agama Islam dalam perubatan tradisional masyarakat Melanau Sarawak. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi. (2015)
Abstract
Perubatan tradisional seperti juga perubatan moden mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi menyembuhkan penyakit dan penderitaan dengan konsep dan cara yang tersendiri. Seperti masyarakat tradisional lain, masyarakat Melanau juga bergantung kepada perubatan tradisional untuk mengatasi masalah berkaitan dengan kesihatan. Kemasukan unsur-unsur perubatan moden ke dalam masyarakat Melanau tidak pula menjejaskan sepenuhnya pengetahuan dan kepercayaan mereka terhadap sistem perubatan tradisional. Keadaan ini berlaku kerana sistem itu masih diperlukan dan dipercayai keupayaannya untuk menyembuh dan mengubati sesuatu penyakit yang didapati tidak serasi dengan perubatan dan rawatan moden. Banyak terdapat kes di mana seseorang pesakit yang telah berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan tradisional sembuh dengan sepenuhnya. Maklumat kajian ini diperolehi daripada sumber lapangan dan keperpustakaan. Pengetahuan mengenai perubatan tradisional tidak hanya terbatas kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan malah masyarakat ini juga menggunakan makhluk halus, jampi mentera dan doa-doa tertentu untuk menyembuhkan penyakit. Oleh itu, kepercayaan dan agama Islam berperanan penting dalam perubatan tradisional masyarakat Melanau. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat pengaruh kepercayaan dan agama Islam dalam amalan perubatan tradisional masyarakat Melanau di Sarawak.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | kepercayaan, perubatan tradisional, masyarakat Melanau |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Belief By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 30 May 2025 02:04 |
Last Modified: | 30 May 2025 02:04 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |