Fatimah hidangkan makanan tradisi Melanau sebagai hidangan Aidilfitri

Fatimah hidangkan makanan tradisi Melanau sebagai hidangan Aidilfitri. [Newspaper] (2025)



Abstract

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan keluarga menghidangkan makanan tradisi Melanau sebagai hidangan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Beliau berkata antara hidangan yang disediakan pihaknya termasuk tumpik, bubur leluai, linut dan umai untuk disajikan kepada tetamu yang datang sambil mempromosikan makanan Melanau di sini.

Fatimah dan suami, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah turut gembira menyambut kedatangan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ke kediaman mereka di Jalan Sultan Tengah pada Ziarah Raya Aidilfitri hari ini.

“Ini merupakan satu penghormatan kepada kami sekeluarga dan kita jemput sama juga daripada NGO, daripada pejabat saya dan juga daripada seorang bekas polis. Jadi dapatlah cerita-cerita tentang RASCOM (Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang) dahulu.

Item Type: Newspaper
Keywords: makanan tradisi Melanau, hidangan Aidilfitri, Dato Sri Fatimah Abdullah, mempromosikan makanan Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Food
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 30 May 2025 00:29
Last Modified: 30 May 2025 00:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item