Kaul Mukah perkukuh warisan Melanau, beri impak positif kepada pelancongan dan ekonomi. [Newspaper] (2025)
Abstract
KUCHING: Penganjuran acara ikonik, Kaul Mukah saban tahun bukan sahaja memperkukuhkan warisan budaya kaum Melanau, malah turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pesta itu turut membuka peluang kepada para usahawan kecil, mempromosi produk tempatan serta memperkenalkan Mukah sebagai destinasi pelancongan yang unik kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara.
“Kaul Mukah merupakan satu warisan budaya turun-temurun masyarakat Melanau yang kaya dengan nilai simbolik, adat resam dan spiritual.
“Ia merupakan salah satu lambang identiti dan jati diri masyarakat Melanau dan pada masa yang sama, menjadi bukti kukuh kepada kekayaan dan kepelbagaian budaya negeri Sarawak yang kita cintai ini,” katanya menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pesta Kaul Mukah, perkukuh, warisan Melanau, impak positif, pelancongan, ekonomi |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 30 May 2025 00:29 |
Last Modified: | 30 May 2025 00:29 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |