Islamic house financing: the viability of Istisna' compared to Bay' Bithaman Ajil (BBA)

Islamic house financing: the viability of Istisna' compared to Bay' Bithaman Ajil (BBA). Jurnal Syariah, 14 (1). pp. 35-52. ISSN 0128-6730 (2019)



Abstract

Rata-rata di Malaysia sekarang, cara pembiayaan pinjaman perumahan yang berlandaskan perbankan Islam adalah dengan menggunakan konsep Bai' Bithaman Ajil (BBA). Konsep syariah ini tersohor untuk pembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan. Namun demikian, disebabkan terlalu banyak isu projek perumahan terbengkalai, barubaru
ini kerajaan mencadangkan konsep "bina dan jua/I", iaitu rumah yang hendak dijual oleh pemaju kepada orang ramai hendaklah rumah yang telah siap dan mempunyai sijil layak diduduki. Cadangan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan awam agar tidak lagi menjadi mangsa kepada pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab, di mana pembeli rumah terpaksa membayar pinjaman harga rumah kepada pihak
bank walaupun rumah yang dibeli tidak siap dan tidak dapat didiami. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengkaji sama ada cara pembiayaan perumahan berkonsepkan BBA sesuai dengan keadaan
sekarang (iaitu pembiayaan rumah dalam pembinaan) atau mungkin lebih sesuai untuk rumah yang berkonsepkan "bina dan jual", yang sekaligus mampu menjaga kepentingan pembeli rumah dan menepati hukum-hukum syarak yang berkaitan dengannya.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Pembiayaan Perumahan, Undang-Undang Islam
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > International Law and Legislation
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 27 Jun 2025 04:05
Last Modified: 27 Jun 2025 04:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item