Perbankan Islam tawar pinjaman perumahan

Perbankan Islam tawar pinjaman perumahan. [Newspaper] (2019)



Abstract

Industri perbankan Islam bersedia untuk menawarkan kemudahan pembiayaan kewangan kepada pembeli rumah dan perniagaan yang layak berdasarkan perkembangan positif tahap kemampuan kewangan isi rumah di negara ini. Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadikin Ali berkata, pihaknya akan memastikan ahli-ahli AIBIM untuk terus menyediakan akses kepada pelanggan dan perniagaan untuk mendapatkan produk serta perkhidmatan kewangan perbankan Islam. “Pada tahun 2018, perbankan Islam telah meluluskan sebanyak RM37.7 bilion yang mewakili 36.7 peratus daripada keseluruhan kelulusan pembiayaan kewangan untuk pembelian perumahan. “RM12.4 bilion pula untuk pembiayaan kewangan peribadi yang meliputi 58 peratus daripada keseluruhan pembiayaan kewangan peribadi yang diluluskan oleh industri bank,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perbankan Islam, Pinjaman perumahan
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 27 Jun 2025 04:13
Last Modified: 27 Jun 2025 04:13
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item