35 murid asnaf SK Bukit Payong hadiahkan kain sarung batik untuk guru

35 murid asnaf SK Bukit Payong hadiahkan kain sarung batik untuk guru. [Newspaper] (2025)



Abstract

Marang: Seramai 35 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong, di sini, terharu dan teruja menerima hadiah daripada murid asnaf sempena Sambutan Hari Guru 2025 yang diadakan di sekolah berkenaan, hari ini.

Hadiah berupa kain sarung batik sepanjang dua meter itu ditaja sebuah syarikat kepada 35 kanak-kanak asnaf sekolah berkenaan untuk dihadiahkan kepada guru kesayangan mereka.

Tajaan penuh bermakna itu bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak berkenaan menghargai pengorbanan guru yang sebelum ini tidak dapat melakukannya berikutan tidak berkemampuan.

Lebih menggembirakan apabila kanak-kanak itu diberi peluang memilih sendiri guru pilihan mereka untuk diberikan hadiah berkenaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Batik sarung, Asnaf, Hari Guru 2025
Taxonomy: By Niche > Batik > Marketing
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 26 Jun 2025 03:59
Last Modified: 26 Jun 2025 03:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item