Konsep pengawasan syariah dalam perbankan Islam: suatu strategi pengukuhan. In: Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0811, 2008. (2008)
Abstract
Dewasa ini, penyelidikan mengenai ekonomi Islam telah memberikan petunjuk bahawa lebih kurang tiga ratus institusi-institusi kewangan telah dapat menerapkan seluruh proses kewangannya mengikut syariat Islam dengan purata kekayaan mencecah dua ratus billian dollar Amerika Syarikat yang tersebar lebih kurang 50 negara di dunia. Perkembangan seperti inilah yang menjadi tanda terpenting dalam sistem kewangan global yang mengambil masa lebih kurang tiga kurun, sehingga memaksa sebahagian institusi perbankan di barat untuk membuka kaunter-kaunter bank Islam di bawah bank konvensional yang mereka miliki. Badan-badan pengawasan syariah dikategorikan sebagai salah satu tiang asas bagi proses kewangan Islam. Ianya juga merupakan peranan yang sangat penting dalam menetapkan proses kewangan Islam mengikut perundangan Islam. Oleh kerana wujudnya pelbagai halangan atau rintangan yang dihadapi oleh institusiinstitusi perbankan dan badan-badan pemantau undang-undang secara khusus, dan keinginan-keinginan yang besar untuk merealisasikan ketentuan-ketentuan syariat dan manfaatnya terhadap proses pengukuhan dan pemantapan, maka kami kemukan kertas kerja ini agar dapat memberi sedikit tinjauan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang dibincangkan. Kertas kerja ini mempunyai matlamat memberikan penilaian terhadap seluruh operasi badan-badan pemantau perundangan dalam perbankkan Islam terutama bagi pihakpihak tertentu, kakitangan, pemerhati bagi perbankan dan institusi-institusi kewangan Islam sehingga dapat memberikan lebih kepercayaan terhadap institusi-institusi berkenaan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Perbankan Islam |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 27 Jun 2025 05:42 |
Last Modified: | 27 Jun 2025 05:42 |
Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |