Projek madu kelulut teraju tembusi pasaran antarabangsa. [Video] (2025)
Abstract
Rakan strategik TERAJU, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadaptasi sumber kajian dalaman bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti madu kelulut. Menurut Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Prof. Dr. Azlan Amran berkata kerjasama strategik bersama TERAJU dalam menghasilkan madu kelulut menerusi beberapa projek sebelum ini dianggap antara projek perintis yang sangat berjaya dan telah menebusi pasaran antarabangsa. Menurut beliau, hasil kajian USM telah disesuaikan dengan konteks di sarawak dan menjadikannya sangat sistematik dan berstruktur. Ini bertujuan untuk menambah produktiviti madu kelulut dan nilai dari segi kualiti supaya harga tinggi di pasaran. Penghasilan madu kelulut dengan usaha bersama TERAJU ini telah sampai ke pasaran antarabangsa. Malah menurut Penghulu Kampung Bakong, Encik Mohd Sanusi @ Mohd Saupi Ibrahim berkata kerjasama ini telah berjaya memperkasa ekonomi penduduk serta membawa hasil jangka panjang yang menguntungkan. Ikuti temubual ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
| Item Type: | Video |
|---|---|
| Keywords: | Madu Kelulut, Stingless Bee, Penternakan kelulut |
| Taxonomy: | By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Anatomy By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Products Therapeutic Use By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Research |
| Local Content Hub: | Niche > Kelulut (Stingless Bee) |
| Depositing User: | Norairin Natasya Zulkifli |
| Date Deposited: | 26 Aug 2025 03:16 |
| Last Modified: | 26 Aug 2025 03:16 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
