Penilaian bahasa visual terhadap faktor penglibatan pembaca komik Melayu

Penilaian bahasa visual terhadap faktor penglibatan pembaca komik Melayu. Malaysian Journal of Creative Media, Design and Technology, 1 (5). ISSN 2637-0557 (2017)



Abstract

Komik menyampaikan maklumat yang disampaikan melalui penghayatan visual dalam masa yang efisien dan tidak terperangkap dalam persekitaran yang kaku, Pembaca mula terpengaruh dengan isi kandungan komik tanpa mereka sedari dan secara kognitifnya hayut dalam imaginasi mereka.Kajian ini membincangkan peranan bahasa visual terhadap faktor penglibatan terhadap nilai-nilai moral dan keganasan dalam komik. Kajian ini mengunakan analisis pengaruh media dalam menilai elemen bahasa visual terhadap penglibatan remaja berkait isu-isu moral dan keganasan dalam komik tempatan. Penilaian ini berdasarkan pengaruh media visual dalam membina persepsi minda remaja. Komik-komik berbahasa melayu menjadi subjek dalam penilaian literasi bahasa visual berdasarkan kepada kepada faktor penumpuan dan persepsi visual komik. Kajian ini ingin melihat impak bahasa visual terhadap kefahaman dan ekpresiasi dalam memahami isu moral dan keganasan berdasarkan analisis teori kognitif sosial. Dalam pembacaan komik, setiap penceritaan disampaikan melalui sistem bahasa visual komik yang berkait dengan kajian linguistik. Bahasa visual merupakan satu sistem atau konsep literasi yang berkait dengan kognitif manusia. Membaca komik merangsang pengalaman fizikal melalui interaksi dengan visual di dalam buku komik itu sendiri atau melalui interaksi imej dengan ciri personaliti individu pembaca. Sesetengah komik memaparkan ciri-ciri keganasan dan erotik secara langsung yang merangsang minda terhadap perlakuan-perlakuan fizikal. Penumpuan terhadap aspek- spek kognitif dalam komik membuka ruang dalam kajian-kajian persepsi dan pembudayaan selain dari aspek ekpresiasi artistik. Aspek kognitif dalam bahasa komik merangkumi penilaian konsep bahasa visual dengan mengatahui bagaimana manusia memahami struktur yang digunakan di dalam komik. Kajian kognitif dalam komik terbahagi kepada pembangunan psikologi dan psikologi yang menjurus kepada tingkah laku individu. Komik merupakan objek sosial yang berkeupayaan untuk mempengaruhi pandangan umum ataupun individu. Dengan melihat factor penglibatan dalam bahasa visual komik, dapat menilai kesan atau kepercayaan keatas minda individu.

Item Type: Article
Keywords: Bahasa Visual, Persepsi, Kognitif sosial, Remaja, Keganasan dan moral
Taxonomy: By Subject > Art & Design > 2D and 3D Animation
By Subject > Art & Design > Graphic Communication
By Subject > Art & Design > Illustrations
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 18 Feb 2021 23:55
Last Modified: 19 Feb 2021 01:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item