Penjagaan kesihatan selepas bersalin: perbandingan antara wanita melayu dan melanau

Penjagaan kesihatan selepas bersalin: perbandingan antara wanita melayu dan melanau. Jurnal Kinabalu, 29 (29): 7. pp. 113-122. ISSN 2600-867X (2023)



Abstract

Penjagaan kesihatan diertikan sebagai tindakan atau usaha seseorang untuk mengekalkan kesihatan melalui kaedah penjagaan kesihatan yang bermanfaat serta menjauhi tindakan yang boleh mendedahkannya kepada pelbagai keuzuran. Agama dan budaya banyak mempengaruhi kaedah penjagaan kesihatan pada hari ini. Agama Islam turut mementingkan penjagaan kesihatan dengan memberikan panduan dan kaedah yang sesuai diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat termasuk wanita. Peningkatan masalah kesihatan dalam kalangan wanita khususnya selepas bersalin banyak mempengaruhi kehidupan mereka sama ada dari segi fizikal, emosi mahu pun kerjaya. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kaedah penjagaan kesihatan selepas bersalin dengan membandingkan wanita Melayu dan Melanau. Maklumat diperoleh daripada temu bual, pemerhatian turut serta dan ke perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa wanita Melayu dan Melanau sangat mengambil berat dalam soal penjagaan kesihatan mereka selepas bersalin. Prinsip Islam menjadi asas dalam urusan penjagaan kesihatan mereka untuk meningkatkan taraf kesihatan dan mengelak penyakit. Prinsip inilah yang menjadi landasan kepada amalan-amalan yang mereka lakukan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-dua masyarakat ini terutama dari segi penggunaan bahan. Kajian juga memperlihatkan bahawa amalan penjagaan kesihatan wanita dalam kedua-dua masyarakat terus berkembang dan diamalkan sehingga hari ini kerana ia dipengaruhi oleh faktor agama, adat, nilai, kepercayaan, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diwarisi oleh mereka.

Item Type: Article
Keywords: Islam, Budaya, Penjagaan kesihatan, Wanita, Melayu, Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Belief
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 27 Aug 2025 00:30
Last Modified: 27 Aug 2025 00:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item