Laporan Kajian Impak Pesta Bederun Balingian 2023: Ja Ulou, Ja Aseng

Long, Suffina and Tang, Howe Eng and Bohari, Mohamad Musa and Chik, Yahutazi Laporan Kajian Impak Pesta Bederun Balingian 2023: Ja Ulou, Ja Aseng. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi MARA, Sarawak. ISBN 978-629-95678-2-2 (2025)


Related URLs:

    Abstract

    Kembalinya penganjuran Pesta Bederun Balingian edisi 2023 telah menamatkan penantian penduduk setempat selepas penganjuran terakhir pada tahun 2017. Pesta ini pertama kalinya diadakan sejak 2010. Jika dikaitkan dengan perkataan ‘bederun’ atau “Berdedun” mengikut dialek Mukah yang bermaksud ‘berkumpul’, semestinya penganjuran pesta ini disasarkan untuk menghimpun pengunjung luar mahupun penduduk Balingian demi merancakkan aktiviti ekonomi setempat, selain mempromosikan pekan Balingian sebagai destinasi pelancongan mahupun persinggahan. Pesta Bederun Balingian 2023 masih mengekalkan slogan “Ja Ulou, Ja Aseng” yang bermaksud “Satu Hati, Satu Pemikiran” iaitu prinsip kehidupan penduduk Balingian yang selama ini saling berganding bahu dalam kehidupan seharian. Pesta Bederun Balingian edisi 2023 telah berlangsung dari 27 Mei hingga 4 Jun 2023 dan di antara pengisian pesta ini adalah Pertandingan PUBG Mobile, Badminton, Pekicau, Liga Penalti, Layang-Layang, Sukan Tradisional, Photohunt, Memancing, Persembahan Bot Kawalan, Bermukun, dan juga acara utama iaitu Acara-Acara Sungai seperti Bidar dan Pekayuh Lelaki dan Wanita, 15HP Bot Panjang, Bidar 10 Pengayuh Lelaki Tertutup, Bidar 10 Pengayuh Wanita Tertutup, Bidar 15 Pengayu Lelaki Terbuka, Bidar 20 Pengayuh Lelaki Terbuka, Bot Laju 30HP 3 Piston (6 Pusingan) dan Bidar 15 Pecut Lelaki serta banyak lagi acara-acara sungai yang lain. Sepanjang program berlangsung juga, 100 buah gerai jualan yang menjual berbagai aneka makanan, pakaian dan banyak lagi turut menyerikan lagi Pesta Bederun Balingian 2023 disamping turut dimeriahkan dengan pertandingan gerai komuniti yang mempamerkan makanan tradisi dan kebudayaan masyarakat Melanau.

    Item Type: Book
    Keywords: Kajian Impak, Pesta Bederun 2023, Balingian
    Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
    By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
    Local Content Hub: Niche > Melanau
    Depositing User: Normah Sadaiee
    Date Deposited: 25 Sep 2025 04:41
    Last Modified: 25 Sep 2025 04:41

    Actions (login required)

    View Item View Item