Prestasi graduan institusi pengajian tinggi dalam bidang reka bentuk 3d animasi di Malaysia. Malaysian Journal of Creative Media, Design and Technology, 1 (5). pp. 1-15. ISSN 2637-0557 (2017)
Abstract
Multimedia merupakan satu bidang yang mempunyai potensi besar untuk berkembang sejajar dengan perkembangan media elektronik dan teknologi digital pada hari ini. Animasi 3D merupakan salah satu bidang dalam multimedia yang mendapat perhatian di dalam pembangunan industri kreatif yang disarankan oleh kerajaan dalam rancangan Malaysia ke 10 hingga kini. Penghasilan 3D multimedia animasi di Malaysia jauh ketinggalan berbanding dengan negara luar. Para graduan dalam bidang ini tidak dapat memenuhi kehendak dan permintaan pasaran. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang berlaku serta mengkaji peranan kerjasama di antara institusi pengajian dan pihak industri dalam membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan latihan kemahiran. Pendekatan temubual diantara persepsi graduan, tenaga akademik dan pihak industi dilakukan bagi mengenal pasti prestasi graduan dalam bidang rekabentuk 3D Animasi di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Hasil kajian ini dapat memberikan kesan kepada peningkatan kualiti pengajaran kurikulum di institusi pengajian dalam meningkatkan kualiti graduan yang berkebolehan serta kerjasama yang selari antara institusi dengan pihak industri dalam meningkatkan prestasi graduan dan industri animasi negara mengikut keperluan dan kehendak persekitaran semasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Industri kreatif, 3D Animasi |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > 2D and 3D Animation By Subject > Art & Design > Computer-aided Design |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Atirah Ruslan |
Date Deposited: | 18 Feb 2021 23:56 |
Last Modified: | 19 Feb 2021 03:07 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |