Aspek rekabentuk fizikal dan simbolik panggung persembahan wayang kulit Kelantan

Aspek rekabentuk fizikal dan simbolik panggung persembahan wayang kulit Kelantan. Malaysian Journal of Creative Media, Design and Technology, 1 (5). ISSN 2637-0557 (2017)



Abstract

Wayang kulit adalah satu persembahan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Persembahan wayang kulit Melayu Kelantan merupakan medium hiburan utama masyarakat Melayu tradisional hingga mencapai kemuncak penerimaannya pada awal tahun 60-an. Hal ini menjadikan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan mempunyai interpretasi kepercayaan dan nilai budaya masyarakat dalam setiap aspek persembahannya. Aspek rekabentuk sesebuah pementasan wayang kulit Melayu Kelantan ini terdiri daripada panggung dan peralatannya merangkumi cahaya, kelir, patung, dalang dan muzik. Rekabentuk sesebuah panggung wayang kulit Kelantan juga mempunyai nilai kepercayaan dan budaya masyarakat dalam setiap aspek daripada proses mendirikan panggung hinggalah setelah
persembahan selesai. Pembinaan panggung ini melibatkan aspek fizikal yang melibatkan ukuran dan bahan binaan tertentu manakala aspek simbolik memaparkan hubungan bentuk binaan, upacara dan pantang-larang tertentu dengan sistem kepercayaan masyarakat terhadap agama Islam. Namun, seiring dengan perubahan zaman, wayang kulit Melayu Kelantan semakin terpinggir dengan pelbagai desakan moden. Para pengamal persembahan terpaksa bersaing dengan tuntutan zaman dalam memastikan persembahan ini terus hidup di kalangan masyarakat. Hal ini melibatkan tolak ansur dan pengolahan aspek pementasan persembahan untuk memenuhi selera masyarakat. Proses ini dikatakan menghilangkan simbol dan nilai asal kepercayaan masyarakat tradisional dalam aspek
persembahan wayang kulit Kelantan. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisisn aspek fizikal dan simbolik dalam rekabentuk panggung wayang kulit Kelantan semasa yang berlangsung di Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan selama 8 bulan (Feb – Okt 2015). Penyelidikan ini melibatkan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian, wawancara, dokumentasi foto dan video. Hal ini bagi mengenalpasti kewujudan simbol dan nilai kepercayaan masyarakat tempatan melalui aspek fizikal dan simbolik rekabentuk panggung wayang kulit Kelantan. Melalui penyelidikan ini, dapat dipastikan sejauh mana aspek fizikal dan simbolik rekabentuk panggung persembahan wayang kulit Melayu Kelantan masih mempunyai simbol dan nilai tradisional kepercayaan masyarakat terdahulu atau pun seni ini telah mengalami perubahan dalam memastikan kelangsungannya pada zaman era baru ini.

Item Type: Article
Keywords: Rekabentuk, Heritage, Simbolik, Panggung, Wayang Kulit
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Illustrations
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 27 Jan 2021 03:12
Last Modified: 27 Jan 2021 03:12
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item