Galeri Warisan Melanau Oya tawar pengalaman interaktif baharu

Galeri Warisan Melanau Oya tawar pengalaman interaktif baharu. [Newspaper] (2025)



Abstract

KUCHING, 20 Jun: Galeri Warisan Melanau Oya dijangka tampil lebih interaktif menerusi pembinaan fasa ketiga yang kini berada di peringkat akhir reka bentuk dan menunggu kelulusan Jawatankuasa Reka Bentuk Bangunan Negeri (SBDC).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, fasa baharu itu menyasarkan penghayatan budaya lebih mendalam dengan penglibatan langsung pengunjung dalam aktiviti seperti tarian tradisional, penyediaan makanan warisan serta amalan perubatan dan upacara budaya seperti Kaul.

“Usaha ini bukan sahaja memperkukuh pelestarian budaya Melanau malah mampu menambah nilai kepada sektor pelancongan luar bandar khususnya di Mukah,” katanya selepas menyampaikan geran operasi berjumlah RM193,600 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Melanau Oya di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Galeri Warisan Melanau Oya, Pengalaman interaktif, Penghayatan budaya
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 25 Sep 2025 03:21
Last Modified: 25 Sep 2025 03:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item