Persepsi masyarakat melanau terhadap impak pembangunan pelancongan budaya di Mukah, Sarawak. Journal of Social Sciences and Humanities, 22 (1): 33. pp. 408-423. ISSN 1823-884x (2025)
Abstract
Melanau mempunyai budaya dan adat resam yang unik. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui mengenai budaya Melanau. Untuk membangunkan kawasan Melanau sebagai sebuah tapak pelancongan budaya, sudah semestinya terdapat pelbagai kesan yang harus masyarakat setempat hadapi samada impak positif mahupun impak negatif. Justeru, kajian ini tertumpu di kawasan Melanau iaitu di bahagian Mukah yang merangkumi Balingian, Dalat, Oya, Igan, Matu Daro dan Belawai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti impak pembangunan pelancongan budaya terhadap aspek sosial, ekonomi dan persekitaran masyarakat Melanau di Sarawak dan mengkaji persepsi masyarakat Melanau terhadap pembangunan pelancongan budaya di kawasan mereka. Kajian ini merupakan penyelidikan yang berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah survei. Bagi mendapatkan maklumat, kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik. Kaedah persampelan keselesaan iaitu kaedah mengikut kesanggupan responden untuk menjawab digunakan. Seramai 101 orang responden yang telah terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi akan dianalisis secara kekerapan, peratusan dan purata skor min. Hasil kajian menunjukkan bahawa kawasan-kawasan Melanau di bahagian Mukah yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan budaya ialah Mukah, Matu Daro, Igan, Oya dan Dalat. Selain itu, majoriti responden bersetuju bahawa pembangunan pelancongan budaya mendatangkan impak positif kepada penduduk setempat dari segi sosial, alam sekitar dan ekonomi dan kebanyakan responden bersetuju agar kawasan mereka dibangunkan menjadi tapak pelancongan budaya dan sanggup bekerjasama untuk membangunkan tapak tersebut. Dapatan ini menunjukkan bahawa impak pembangunan pelancongan budaya mempengaruhi persepsi masyarakat Melanau terhadap penerimaan mereka tentang pembangunan pelancongan budaya.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Impak, Pembangunan pelancongan budaya, masyarakat Melanau, Sarawak, Malaysia |
| Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
| Local Content Hub: | Niche > Melanau |
| Depositing User: | Normah Sadaiee |
| Date Deposited: | 02 Dec 2025 08:44 |
| Last Modified: | 02 Dec 2025 08:44 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
