Keperluan syariah pratakrif dalam sistem teras perbankan: suatu kajian kualitatif terhadap kontrak Muḍārabah dan Mushārakah

Keperluan syariah pratakrif dalam sistem teras perbankan: suatu kajian kualitatif terhadap kontrak Muḍārabah dan Mushārakah. Malaysian Journal of Syariah and Law, 12 (1). pp. 43-61. ISSN 1985-7454 (2024)



Abstract

Perlaksanaan sistem teras perbankan menjadi satu pemboleh kepada perniagaan dengan menyediakan platform yang tangkas untuk mencapai objektif korporat perbankan Islam. Salah satu cabaran bagi pembangunannya adalah menghasilkan parameter Syariah bagi setiap produk perbankan Islam kerana keperluan-keperluannya lebih kompleks berbanding produk perbankan konvensional. Maka, kajian ini bertujuan untuk membekalkan informasi berkaitan cara-cara penghasilan keperluan-keperluan Syariah berdasarkan standard Syariah berautoriti seperti polisi dokumen terbitan Bank Negara Malaysia dan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) selain menilai prospek menjadikannya sebagai keperluan Syariah pratakrif yang mampu diterjemah kepada parameter dalam sistem teras perbankan. Pendekatan kualitatif melalui metodologi kajian teks, doktrin undang-undang dan temu bual telah dijalankan dalam kajian untuk menganalisis data-data berkaitan keperluan kontrak Syariah. Kajian ini telah menghasilkan keperluan Syariah pratakrif berdasarkan penelitian terhadap keperluan-keperluan Syariah di bawah kontrak muḍārabah dan mushārakah dengan memfokuskan bahagian keperluan-keperluan Syariah polisi dokumen terbitan Bank Negara Malaysia selain analisis perbandingan telah dilakukan terhadap standard Syariah bagi kontrak yang sama keluaran AAOIFI. Kajian ini mendapati rujukan berautoriti ini adalah penting supaya parameter dan proses berkaitan kontrak Syariah yang diterjemah ke dalam sistem teras perbankan adalah selari dengan fatwa yang telah diputuskan oleh badan berautoriti.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Sistem teras perbankan, Kontrak Syariah, Muḍārabah, Mushārakah
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 15 Dec 2025 06:25
Last Modified: 15 Dec 2025 06:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item