Madu kelulut- USM

Madu kelulut- USM. [Video] (2021)



Abstract

Lebah kelulut menghasilkan pelbagai produk yang mendapat permintaan tinggi, termasuk madu (madu kelulut), propolis dan roti lebah (polen). Selain penghasilan produk ini, kelulut turut melakukan banyak aktiviti pendebungaan untuk memastikan hutan kita berada dalam keadaan terbaik. Kelulut juga merupakan komponen penting dalam biodiversiti Malaysia yang merupakan salah satu negara yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Usaha konservasi lebah oleh Universiti Sains Malaysia ini akhirnya diiktiraf oleh Pos Malaysia melalui stem nasional edisi khas Lebah Madu Malaysia! Hasil sumbangan Dr. Mohd Zulkifli dalam bidang ini juga telah diiktiraf melalui penerimaan Anugerah Inovasi Pertanian Kebangsaan 2015 (hadiah wang tunai RM35000), Pingat Emas di Pertunjukan Inovasi Pertanian Malaysia 2015, Pingat Perak di PECIPTA 2017, Ikon Usahawan Negeri 2017, Anugerah Kakitangan Cemerlang 2017 & 2018, Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik di ICHSST, UK 2017, Anugerah Kepimpinan Masyarakat 2019 dan Anugerah Inovasi Pertanian Negara 2020. Ikuti bingkisan video ini.

Item Type: Video
Keywords: Madu Kelulut, Stingless bee, Keusahawanan
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Anatomy
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Behavior
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Norairin Natasya Zulkifli
Date Deposited: 01 Dec 2025 14:36
Last Modified: 01 Dec 2025 14:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item